Monday, November 24, 2008

Kebajikan semua kaum dijaga
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIMALOR STAR, 19 November – Kerajaan negeri tidak mengabaikan kebajikan kaum minoriti yang terdapat di negeri ini kerana mereka turut menyumbang dalam menjana ekonomi negeri serta mengamalkan sikap adil kepada semua rakyat di negeri Jelapang Makanan ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, YB Encik Azmi Che Hussain mengajukan soalan mengenai bancian populasi masyarakat Cina di Kedah, turut berkaitan dengan peratus masyarakat Cina yang berada bawah paras kemiskinan serta langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan bandar di kalangan masyarakat Cina.Selaku Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB Encik Tan Wei Shu menjelaskan bahawa bancian yang diadakan 10 tahun sekali telah menunjukkan jumlah penduduk bagi kaum Cina setelah dicampur jumlah kelahiran dan ditolak jumlah kematian, pada tahun 2007 jumlahnya adalah 261,800 dan sebanyak 264,200 bagi tahun 2008, mengikut maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia."Bancian terakhir diadakan pada 2000, setiap tahun unjuran jumlah penduduk bagi tahun 2007 sebanyak 261,800 dan 2008, 264,200," jelas beliau.Menurut YB Encik Tan Wei Shu, maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 2007, bilangan isi rumah Cina di Kedah adalah sebanyak 59,020, manakala bilangan isi rumah miskin adalah 480, iaitu kadar kemiskinan adalah 0.8 peratus."Isi rumah ditakrifkan sebagai peraturan yang dibuat oleh orang perseorangan atau kumpulan bagi persediaan makan dan keperluan hidup lain di tempat kediaman yang sama atau boleh ditakrifkan sebagai seseorang atau sekumpulan orang yang bersaudara dan atau tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukkan yang sama untuk makanan dan keperluan hidup lain," jelas beliau.Bagi soalan ketiga, iaitu mengenai langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kemiskinan bandar di kalangan masyarakat Cina di Kedah, YB Encik Tan Wei Shu menjelaskan bahawa terdapat lima program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.Kerajaan memperkenalkan program perumahan keluarga miskin, di mana bantuan sewa rumah dan bilik ditetapkan pada kadar RM124.00 atau mengikut yang terendah. Program pendidikan dan latihan diberikan kepada ahli keluarga yang layak dan berpotansi untuk aktiviti perniagaan atau pekerjaan.Program pengurangan beban tanggungan keluarga merupakan bentuk bantuan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, sekolah, kemasukan anak ke sekolah, taska, tadika dan kos pengangkutan ke tempat kerja atau sekolah bagi ibu yang bekerja buat kali pertama atau bekerja semula serta bayaran kos rawatan dialisis buah pinggang di hospital atau pusat perubatan.Menurut YB Tan Wei Shu lagi, selain daripada itu, kerajaan telah mengambil langkah memberi bantuan ihsan kepada golongan miskin yang diberhentiksn kerja disebabkan masalah syarikat dan telah menganggur lebih dari tiga bulan, musnah tempat kediaman, hilang upaya akibat kemalangan atau musnah tempat kerja bagi yang bekerja sendiri serta kematian ketua keluarga.Kerajaan turut memperkenalkan pangkalan data yang memuatkan profil penduduk miskin, pendaftaran terbuka, membangunkan sistem aplikasi berasaskan web-base infi-need
Monday, November 24, 2008

Pelaburan meningkat di bawah kerajaan sekarang
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIMALOR STAR, 20 November – Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam sektor pelaburan. Ini turut diakui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada titah ucapan perasmian Sidang Dewan Negeri Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-12.Namun, ADUN Guar Chempedak, YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail ingin penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai unjuran jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri Kedah bagi separuh tahun pertama 2008 serta unjuran pelaburan bagi tahun 2008.Selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) yang bertanggungjawab dalam portfolio Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah menyatakan sebanyak RM2.486 bilion jumlah pelaburan dalam dan luar negara bermula Januari hingga Ogos 2008.Kerajaan Negeri turut mengunjur sebanyak RM28 billion bagi tahun 2008 berbanding RM13.99 billion bagi tahun 2007, kenaikan lebih daripada 50 peratus, mengikut laporan daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)"Kerajaan Negeri mengunjurkan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion bagi tahun 2008, kerajaan juga telah berbincang dengan MIDA dan mereka dah setuju untuk memodalkan pelaburan oleh Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd," jelas beliau.Bagi soalan tambahan mengenai strategi kerajaan yang akan diambil bagi menarik pelabur, walaupun krisis ekonomi dunia sekarang dalam keadaan kepincangan, YB Tuan Haji Ir Amiruddin memberi jawapan yang padat dan senang difahami dalam penuh berhemah dan professional katanya, negeri Kedah turut merasai tempias kekangan ekonomi dunia, namun kerajaan tidak menjadikannya alasan dan sempadan untuk menarik pelabur asing melabur di negeri Kedah yang kaya dengan sumber-sumber yang dikehendaki oleh pelabur. Justru itu kita bersyukur Kehadrat Illahi dengan kurniaan dan rahmat yang diberi."Alhamdulilah, selepas lapan bulan menerajui portfolio ini, saya dapati ada pelabur yang berhasrat mengembang atau menambah pelaburan mereka di sini, terutama di Taman Tinggi Teknologi Kulim (KHTP) disebabkan oleh kerajaan negeri berjaya menyediakan kemudahan infrasturuktur yang baik serta kos tenaga kerja murah dan berkualiti berbanding negara mereka sendiri di Jerman," jelas beliau. ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad I'zzat Mohamad Shauki turut mengajukan soalan mengenai berapakah jumlah peluang pekerjaan yang bakal wujud dengan jumlah pelaburan yang berjaya diperolehi Kerajaan Negeri serta perancangan kerajaan agar anak-anak Kedah menikmati peluang pekerjaan tersebut.YB Tuan Haji Amiruddin menyatakan sebanyak 2773 jawatan yang perlu diisi bersesuaian dengan jumlah pelaburan RM2.486 billion di KHTP. Melalui projek Petroleum Hidrokarbon Hub di Yan pula, anak watan Kedah turut diberi kemahiran untuk menjayakan projek ini.Kerajaan perlu mengambil sikap mengamalkan pull factor, bermaksud menyediakan kemudahan serta sumber-sumber yang sedia ada dengan tujuan menarik para pelabur dan seterusnya meningkatkan pelaburan dalam negeri."Dalam sektor industri, Kedah masih ada tanah yang murah berbanding negeri jiran kita seperti Perlis dan Pulau Pinang, kita menyediakan sumber tenaga kerja yang mahir, iaitu kerjasama pihak kerajaan dengan KISMEC meningkatkan kemahiran para belia ada di negeri ini."Selain daripada itu, kerajaan mengadakan perbincangan dengan setiap pelabur agar mereka menyediakan jawata-jawatan tertentu kepada anak tempatan, apabila ada peluang-peluang yang bersesuaian dengan anak Kedah, mereka yang penuhi jawatan itu dahulu," jelas beliau mengenai tindakan kerajaan yang mengutamakan anak-anak Kedah dalam jawatan-jawatan yang terdapat dalam perindustrian.

ISU HANGAT- Kenyataan S/usaha Akbar MB

Monday, November 24, 2008

Kenyataan Akhbar Isu Babi oleh Pejabat MB
Kenyataan Akhbar
Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3
Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19November 2008.
Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakalmembuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satupembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatatdalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DewanUndangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).
Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan namabaik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikanKerajaan dan berbentuk provokasi.
Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapataduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri KedahDarul Aman.
Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar,Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusanKerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masihmenggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesyentelevisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 Novembermelalui slot Buletin Utama.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besarjuga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri PakatanRakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihakVertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bilaladang berpusat itu akan dibina.
Pembinaan ladang ternakan itu katanya, adalah untuk kebaikan semuapihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah sepertipencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladangayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahanrakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satutempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkinatau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedahlebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahanjika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah danmemusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh darikawasan penempatan penduduk.
Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipunjauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isubahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yangluas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa beritaberkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebihmembela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan danditempatkan di kawasan yang terpencil.
Mohd. Helmi Mohd. KhalidSetiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah Darul Aman
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:03 AM