Sunday, October 5, 2008

Kebajikan Rakyat Agenda Kerajaan Negeri

Tuesday, September 30, 2008

Kebajikan rakyat merupakan agenda utama Kerajaan Negeri
Oleh Izwan Abdul Halim
ALOR STAR: Kebajikan rakyat merupakan agenda utama Kerajaan Negeri.Dengan itu, semua perancangan dan pembangunan menjurus kepada perkaratersebut.
Demikian ditegaskan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji AzizanAbdul Razak ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama GolonganAnak Yatim, Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin di Dewan Seri Mentaloon, disini 25 September lalu.
Ujarnya, perkara itu merupakan tugas sebuah kerajaan dan khalifah.Terang beliau, seluruh alam dan isinya adalah hak Allah tetapi halehwal pengurusan diberikan kepada manusia yang dipanggil khalifah.
"Khalifah pula ialah kerajaan. Ketua kerajaan itu dipanggil imam. Imampula ditegaskan mesti bekerja dengan betul untuk menjunjungrakyat-rakyat yang memerlukan kepada perlindungan," jelas UstazAzizan.
Hal itu katanya, disebabkan dalam masyarakat ada orang kuat dan adajuga orang lemah, ada orang kaya, ada orang miskin dan ada orangsihat, ada juga orang cacat.
"Tetapi mereka adalah manusia, bila mereka manusia, maknanya merekasama dengan manusia kaya, sama dengan manusia sihat yang memerlukanhak-hak asasi kemanusiaan," ujarnya.
Maka, jelas beliau, perlunya pemimpin sebuah kerajaan mengambil beratdan memberi perhatian kepada masalah rakyat sepanjang masa.
Katanya, di akhirat kelak ada tujuh golongan akan mendapat naunganAllah SWT dan golongan pertama ialah pemimpin yang adil.
Juga katanya, terdapat tiga golongan di hari akhirat kelak yang AllahSWT tidak mahu berbicara dengan mereka.
"Pertamanya pemimpin zalim, kedua orang tua berzina dan ketiga orangmiskin tetapi sombong," ujarnya menerangkan golongan tersebut.
Menteri Besar melahirkan harapan agar semua Ketua Kampung, paraPenghulu, Pegawai-pegawai Daerah mengemukakan laporan yang tepat untuktindakan lanjut Kerajaan Negeri.
"Konsep kita ialah, biar rakyat marah kepada kami jangan Allah marahkepada kami. Biar rakyat tegur kami, jangan tidak tegur kami, esoknanti Tuhan akan hukum kami," ujarnya menginsafi.
Beliau mengambil contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah UmarAbdul Aziz walaupun memerintah negara yang makmur dan khazanahmelimpah ruah, namun pemimpin tetap hidup secara zuhud.
"Maka Khalifah Umar Abdul Aziz makan roti dan air sahaja keranakhuatir ada rakyat tidak mendapat hak.
"Dasar kita ialah yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisikerajaan, yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi kerajaan,"katanya menjelaskan pendirian Kerajaan Negeri.
Pada majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan AidilFitri kepada 996 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 1:38 PM


Tuesday, September 30, 2008

MB tegur salah amal Raya Aidil Fitri
Oleh Izwan Abdul Halim
ALOR STAR: Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak menegur salah faham terhadap amalan yang sering dilakukan umat Islam di negara ini ketika menyambut Syawal iaitu pesta memasang pelita di Malam Tujuh Likur dan bida'ah pada amalan puasa enam hari di bulan Syawal.
Ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Golongan Anak Yatim, Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin di Dewan Seri Mentaloon, di sini 25 September lalu, beliau menegaskan pesta pelita pada Malam Tujuh Likur tidak ada hubung kait dengan sunnah Rasulullah SAW dan akidahIslamiah. Sebaliknya tegas beliau, ianya merupakan budaya dalam agama Hindu ketika menyambut Deepavali.
Menyingkap sejarah Melayu, Ustaz Azizan menjelaskan, semasa kedatangan Islam ke Melaka dahulu, raja ketika itu beragama Hindu.
Oleh itu, katanya, setelah raja Melayu memeluk Islam, ulama mencari penyelesaian agar raja tidak lagi meraikan Deepavali sebaliknya mengadakan Malam Tujuh Likur sebagai ganti dengan

mengekalkan suasana memasang pelita itu serta ke masjid dengan menaiki gajah.
"Masyarakat sekarang menambah-nambah mengatakan pasang pelita itu untuk tunjuk jalan kepada roh arwah yang pulang menjelang raya.
"Nak pasang boleh pasang, tapi ia tidak ada hubung kait dengan sunnah dan akidah," tegas YAB menyingkap salah faham yang telah menjadi budaya masyarakat kini setiap kali sambutan Syawal.
Menteri Besar juga menegur kefahaman sesetengah umat Islam terhadap seruan berpuasa enam hari di bulan Syawal. "Saya difahamkan, sembahyang raya enam pun ada. Saya minta Majlis Agama siasat perkara ini," katanya memaklumkan maksudnya itu.
Menurut beliau, hadis Nabi SAW menganjurkan berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal. Tetapi katanya, telah difahami masyarakat hari ini, puasa itu dilaksanakan berturut-turut.
"Masalahnya hari ini bukan masalah berpuasa itu, tetapi timbul kefahaman mengatakan apabila ada orang mengadakan majlis hari raya, maka dia tidak hormat kepada mereka yang berpuasa enam. Mana ada hadis suruh hormat orang puasa enam. Hendak puasa, berpuasalah, itu sunat.
"Difahamkan ada juga buat sembahyang (raya puasa enam) berjamaah dan sembahyang tasbih, cuma tiada khutbah saja. Ini sudah menjadi satu bida'ah," tegasnya.
Mengungkap peringatan dari Baginda Rasulullah SAW, katanya, setiap bida'ah adalah sesat dan setiap kesesatan itu akan masuk api neraka.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:17 AM