Wednesday, October 6, 2010

Eksklusif!!! MB BONGKAR KELEMAHAN & SALAH LAKU KERAJAAN LALU BERHUBUNG ISU AIR

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Sebenarnya hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 daripadanya adalah untuk pembangunan bekalan air dan selebihnya adalah untuk pinjaman kepada Perbadanam Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk Kulim Hitech Park dan pembangunan perumahan untuk rakyat.

“Oleh kerana Kerajaan dahulu tidak pernah bayar hutang ini maka hutang itu bertapok-tapok. Itu adalah hakikat.

“Bukan saya memutar belitkan fakta saya mendapat figure ini daripada Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan dalam mesyuarat exco. Jadi saya rasa pihak berkenaan tak faham kenapa hutang air banyak,” kata Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak kepada media, di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mempunyai polisi yang sama iaitu membantu rakyat, termasuklah pembangunan Kerajaan Negeri dalam membaik pulih serta meningkatkan perkhidmatan bekalan air untuk rakyat.

Untuk tujuan itu, katanya, seawal tahun 1980-an Kerajaan Pusat menawarkan geran kepada Kerajaan Negeri, yang membolehkan projek bekalan air dibuat dengan sempurna tanpa bayar balik.

Ujarnya, sistem ini dikenali sebagai ‘Geran’ dan dengan geran ini seluruh negeri dapat mengatasi masalah bekalan air.

“Tapi masa itu pemimpin kerajaan negeri Kedah terlampau ‘baik’, saya tak tahu siapa Menteri Besarnya, dia terlampau baik dan tidak mahu menerima geran sebaliknya hendak berhutang, nak pinjam. Maknanya dia pi ambil duit dari Kerajaan Pusat dia kena bayar balik. Geran tak payah bayar balik di bawah skim Perkhidmatan Sosial.

“Itulah (sebabnya) maka Kerajaan Pusat bagi pinjaman kepada Kerajaan Negeri bukan geran, hutang kena bayar balik. Tapi dia tak bayar hutang (pun). Maka bertimbun-timbunlah hutang,’ katanya kepada media bagi menjelaskan dakwaan Ketua Pembangkang YB Dato’ Mahdzir Khalid yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, pembiayaan pembangunan air berdasarkan geran, terikat dengan syarat iaitu penentuan siapa yang menjadi kontraktor adalah oleh Kementerian Kewangan.

Sebaliknya jika berhutang, Kerajaan Negeri ada pilihan sendiri untuk memberikan kepada orang-orang tertentu.

“Saya nak berterus terang di sini saya mendapat tahu apabila mengkaji laporan yang dibagi kepada saya oleh pihak officio. Kata pegawai itu pemimpin waktu itu tak
mahu geran walaupun Kerajaan Pusat menawarkan, mereka memilih untuk berhutang, maknanya hak Kerajaan Negeri mengagihkan kepada siapa yang dia suka bagi membangun semua projek sama ada loji air atau pemasangan paip. Itu punya keistimewaan jadi yang itu dia Berjaya,” katanya.

Bagi menguatkan kebenaran ini, katanya, pihaknya mempunyai rekod mengenai orang-orang yang terlibat di belakang semua syarikat-sayrikat air ini iaitu pihak yang diberi hak kontrak berkenaan dan mereka adalah pemimpin Barisan Nasional dahulu.

Berikutan itu, katanya, sehingga hari ini pinjaman yang mereka buat kepada Kerajaan Pusat tidak pernah dibayar sepanjang-panjang mereka mentadbir negeri Kedah dan pemimpin sekarang sedang berusaha untuk melunaskan hutang-hutang berkenaan.

Beliau yang lebih suka berdiam tetapi terpaksa memberi kenyaan akhbar kerana pihak pemimpin dahulu mendakwanya memutar belit kenyataan.

Katanya, Syarikat bekalan Air Darul Aman (SADA) adalah pengkorporatan bukan pengswastaan. Kerajaan dahulu yang mengswastakan bekalan air kepada Taliworks Sdn Bhd. Pada tahun 2009 misalnya, kerajaan sekarang terpaksa membayar sebanyak RM 39 juta sedangkan kutipan yang kerajaan negeri dapat hanya RM14 juta. Ini bermakna jumlah kerugian yang kerajaan terpaksa tanggung sebanyak RM25 juta. Ini akan berlarutan sehingga perjanjian tamat pada 2020.

“Sebelum ini bekalan air di kebanyakan negeri dibawah Jabatan Bekalan Air atau Jabatan Kerja Raya dan tahun 1990-an mereka swastakan dan kita tahu kepada siapa mereka swastakan,” katanya.

Beliau kesal dengan dakwaan itu, sedangkan bagi pihak kerajaan sekarang beliau berkerja keras mencari jalan untuk menyelesaikan kehidupan rakyat dan bebanan membayar hutang yang dibuat oleh pemerintah dahulu.

Justeru itu, kenaikkan tarif air sepatutnya tidak timbul sebagai isu. Ini kerana semakan semula tarif air adalah dari Kerajaan Pusat yang mahu menyeragamkan berikutan kos pengurusan dan penggunaan semakin meningkat.

Beliau mendedahkan lagi persoalan yang timbul dalam pembinaan loji di Padang Sanai oleh kerajaan lalu dengan kapasiti 5 juta meter padu air sehari dengan harga RM155 juta yang diberi kepada syarikat yang ada hubungkait dengan mereka. Sedangkan harga munasabah bagi loji itu dengan kapasiti pengeluaran air yang sama paling harga antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga dengan pembinaan loji di Lubuk Buntar yang pada asalnya untuk naik taraf tetapi diubah kepada loji baru dan meminjam sebanyak RM40 juta.

Katanya, perbezaan kos yang melambung ini menyebabkan hutang menimbun dan pimpinan dahulu sepanjang-pangjang memerintah negeri Kedah tidak pernah membayar hutang-hutang berkenaan.

Justeru itu pada tahun 2006 satu akta dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan diluluskan dalam parlimen iaitu Akta Perkhidmatan Air Negara yang menjalankan pengawalan ke atas sumber air yang diperolehi dari Kerajaan Negeri dan perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat.

Ekoran dari itu bagi pengstrukturan semula pengambilalihan bekalan air ditubuhkan dua badan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang mana SPAN berperanan mengawal selia air dan mengeluarkan lesen manakala PAAB bertanggungjawab mengutip hutang kerajaan negeri selama 40 tahun dan selepas itu diserah balik kepada Kerajaan Negeri.

1 comment:

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE