Monday, November 24, 2008

Kebajikan semua kaum dijaga
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIMALOR STAR, 19 November – Kerajaan negeri tidak mengabaikan kebajikan kaum minoriti yang terdapat di negeri ini kerana mereka turut menyumbang dalam menjana ekonomi negeri serta mengamalkan sikap adil kepada semua rakyat di negeri Jelapang Makanan ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, YB Encik Azmi Che Hussain mengajukan soalan mengenai bancian populasi masyarakat Cina di Kedah, turut berkaitan dengan peratus masyarakat Cina yang berada bawah paras kemiskinan serta langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan bandar di kalangan masyarakat Cina.Selaku Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB Encik Tan Wei Shu menjelaskan bahawa bancian yang diadakan 10 tahun sekali telah menunjukkan jumlah penduduk bagi kaum Cina setelah dicampur jumlah kelahiran dan ditolak jumlah kematian, pada tahun 2007 jumlahnya adalah 261,800 dan sebanyak 264,200 bagi tahun 2008, mengikut maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia."Bancian terakhir diadakan pada 2000, setiap tahun unjuran jumlah penduduk bagi tahun 2007 sebanyak 261,800 dan 2008, 264,200," jelas beliau.Menurut YB Encik Tan Wei Shu, maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 2007, bilangan isi rumah Cina di Kedah adalah sebanyak 59,020, manakala bilangan isi rumah miskin adalah 480, iaitu kadar kemiskinan adalah 0.8 peratus."Isi rumah ditakrifkan sebagai peraturan yang dibuat oleh orang perseorangan atau kumpulan bagi persediaan makan dan keperluan hidup lain di tempat kediaman yang sama atau boleh ditakrifkan sebagai seseorang atau sekumpulan orang yang bersaudara dan atau tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukkan yang sama untuk makanan dan keperluan hidup lain," jelas beliau.Bagi soalan ketiga, iaitu mengenai langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kemiskinan bandar di kalangan masyarakat Cina di Kedah, YB Encik Tan Wei Shu menjelaskan bahawa terdapat lima program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.Kerajaan memperkenalkan program perumahan keluarga miskin, di mana bantuan sewa rumah dan bilik ditetapkan pada kadar RM124.00 atau mengikut yang terendah. Program pendidikan dan latihan diberikan kepada ahli keluarga yang layak dan berpotansi untuk aktiviti perniagaan atau pekerjaan.Program pengurangan beban tanggungan keluarga merupakan bentuk bantuan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, sekolah, kemasukan anak ke sekolah, taska, tadika dan kos pengangkutan ke tempat kerja atau sekolah bagi ibu yang bekerja buat kali pertama atau bekerja semula serta bayaran kos rawatan dialisis buah pinggang di hospital atau pusat perubatan.Menurut YB Tan Wei Shu lagi, selain daripada itu, kerajaan telah mengambil langkah memberi bantuan ihsan kepada golongan miskin yang diberhentiksn kerja disebabkan masalah syarikat dan telah menganggur lebih dari tiga bulan, musnah tempat kediaman, hilang upaya akibat kemalangan atau musnah tempat kerja bagi yang bekerja sendiri serta kematian ketua keluarga.Kerajaan turut memperkenalkan pangkalan data yang memuatkan profil penduduk miskin, pendaftaran terbuka, membangunkan sistem aplikasi berasaskan web-base infi-need

No comments: